Hari ni 16 Mei..so, ada majlis sambutan hari guru kat taska anak cik rose..last minute dapat tahu kena bawa makanan sebabnya cik rose x dapat surat..tu pun member opis yang kebetulan anak dia sama taska dengan anak cik rose bagitau..pk punya pk macam-macam dalam kepala ni nak buat..tapi semuanya first time nak buat..risau gak takut x menjadi..klu dah biasa buat tu lain la..pk punya pk, cik rose buat keputusan nak buar agar-agar konnyaku je..bukan je senang, tapi rupanya yang cantik dan menarik pasti memikat hati anak-anak kecil kat taska..
Disebabkan rumah cik rose xde acuan yang menarik (sebab jarang buat kuih), cik rose beli la acuan ni..nasib baik ada..cik rose beli kat eonbig je..klu x terpaksa guna acuan yang biasa-biasa aje..
Ini bahan utama dia..serbuk agar-agar konnyaku..konnyaku ni lebih kenyal sikit dari agar-agar biasa..klu guna agar-agar biasa pub boleh..tapi kena tambah gula batu la supaya dia kenyal sikit..
Cik rose guna buah pic je..ikut kesukaan masing2..buah pic tu dipotong dadu..
Dan juga nata de coco...senang n simple
Ini hasil bila dah masuk acuan..cik rose letak sedikit pewarna supaya jadi warna warni..cara masak serbuk agar-agar dah tertera pada arahan memasak di kotak dia..follow je..x susah pun..just campur air ikut sukatan, letak sedikit perasa buah kalau suka dan juga pewarna..so kacau n masuk dalam acuan..(sebelum tu cik rose masukkan dulu buah pic dan nata de coco dalam acuan)..sejukkan..bila dah sejuk, rendam dalam air panas sekejap untuk keluarkan dari acuan..
So, inilah hasilnya bila dah keluarkan dari acuan..comelkan..kanak-kanak pasti suka..begitu juga anak cik rose..
Thursday, 15 May 2014
STEAMBOAT
Cik Rose ni bukannya pertama kali makan steamboat ni..dah banyak kali n banyak kedai gak la makan..tapi boleh katakan tahun lepas member ofis bawa gi makan steamboat kat volcano shabu shabu cyberjaya..memang best sangat steamboat dia terutamanya sos dia yang macam-macam ada..yang paling suka sos spicy n sambal udang rangup..nak makan selalu x dapatlah..tapi bila dh g kat sini memang pulun habis-habisan..xde cover-cover cun lagi hehe..sebab suka sangat makan steamboat, skang ni buat sendiri kat rumah..murah n jimat..so, anak-anak pun boleh makan..klu g kedai bawa anak2 memang cik rose x pilih makan steamboat..risau sup2 yang panas tu terkena anak..
so, pertama kali haruslah beli periuk dulu..klu daha ada periuk barulah boleh bersteamboat..periuk ni cik rose beli kat cosway je..senang ada dua bahagian..satu sup satu tomyam..untuk anak2 bolehlah pilih sup..
Antara bahan-bahan yang cik rose beli untuk buat steamboat..paling senang beli paket steamboat tu..macam2 ada..dah campur siap2..
Inilah rupanya bila dah disusun dalam pinggan..susun ala2 makan kat volcano gitu..baru nampak meriah
pandangan dari atas...so, saper2 yang berminat dengan steamboat, buat sendiri lagi menjimatkan...selamat menjamu selera...
so, pertama kali haruslah beli periuk dulu..klu daha ada periuk barulah boleh bersteamboat..periuk ni cik rose beli kat cosway je..senang ada dua bahagian..satu sup satu tomyam..untuk anak2 bolehlah pilih sup..
Antara bahan-bahan yang cik rose beli untuk buat steamboat..paling senang beli paket steamboat tu..macam2 ada..dah campur siap2..
Inilah rupanya bila dah disusun dalam pinggan..susun ala2 makan kat volcano gitu..baru nampak meriah
pandangan dari atas...so, saper2 yang berminat dengan steamboat, buat sendiri lagi menjimatkan...selamat menjamu selera...
Thursday, 13 February 2014
KEREPEK ARROW HEAD @ NGARKU
Cik Rose baru je tahu pasal buah ni (buah la kut sbb x tahu kategori apa)..Tu pun sebab member opis bawa kerepek ngarku ni kat opis..First time rasa memang dah jatuh hati..SEDAPPPPP...dengar kata buah ni ada time perayaan tahun baru cina je sbb orang cina yang suka makan buah ni...skang ni baru 2 minggu lepas perayaan cina..rasanya ada lagi la kut di jual..tu pasal la mlm tu jugak Cik Rose ajak En. Hubby g pasar borong semat-mata nak cari buah ni huhu..nasib la ada walaupun x ramai yang menjual buah ni..so Cik Rose beli la 2 kilo..esok nya baru buah kerepek arrow head @ ngarku ni..bawa g opis, licin bekas...ramai yang suka makan rupanya namun ramai gak yg x tahu kewujudan buah ni (mcm Cik Rose jugak la)..
Inilah rupa buah Arrow Head @ Ngarku
Rupa selepas dikupas kulitnya dan dibasuh..senang sungguh nak kupas..batang dia x dipotong dulu supaya senang nak pegang bila disagat nanti.
Inilah rupa selepas di sagat..Cik Rose x guna sagat pun..orang kata makin nipis makin sedap jadi Cik Rose guna Piller @ pisau pengupas kulit..Patutnya di sagat terus dalam kuali yang minyak dah dipanaskan..nak nipis punya pasal terpaksalah sagat dalam bekas..
Masa untuk menggoreng..first time goreng x tahu plak buah ni melekat-lekat sesama lain..dah jadi bertingkat-tingkat..sebab tu kene sagat terus dalam kuali panas huhu..seterusnya terpaksa la masuk sekeping-sekeping dengan cepat nak elak melekat huhu..penat x yah cakaplah.Cik Rose masukkan sedikit garam dalam minyak n sedikit serbuk kunyit nak bagi warna dia cantik.
Tadaaa...selepas siap di goreng inilah hasilnya..ranggup n sedap..sambil menggoreng sambil masuk mulut.
Subscribe to:
Posts (Atom)